Jenazah Bekas Panglima TLDM Selamat Dikebumi

Jenazah bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana (B) Tan Sri Ilyas Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Selayang pada pukul 10 pagi tadi.

Allahyarham Ilyas, 67, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Datuk Keramat pukul 10.10 malam tadi akibat serangan jantung dan komplikasi buah pinggang.

Jenazah dimandi dan disembahyangkan di Masjid Khalid Al Walid pukul 7.00 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan itu dengan diiringi keluarga dan warga TLDM.

Ilyas meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Meryam Harun dan 3 anak iaitu Mohd Azrai, Nurartikah dan Nurameera.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin memberitahu Bernama, lebih 70 orang termasuk anggota keluarga dan pegawai TLDM menghadiri pengkebumian itu, yang dilakukan mengikut istiadat pengkebumian pegawai kanan TLDM.

Anak kedua beliau, Nurartikah, 35, berkata arwah bapanya adalah seorang yang sangat tegas namun penyayang.

Published by malaysianewstv

Saluran berita semasa online anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: