CHIANG RAI – Kesemua 12-kanak-kanak yang terperangkap dalam gua di utara Thailand, masih belum bersedia mengambil risiko untuk menyelam bagi menyelamatkan diri keluar dari gua tersebut. 

Ketua operasi menyelamat, Narongsak Osottanakorn berkata, keadaan belum membolehkan kanak-kanak tersebut berbuat demikian.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pasukan penyelamat akan berusaha untuk membawa mangsa dan jutulatih mereka keluar dari gua tersebut secepat mungkin.

Pasukan bolasepak yang menamakan diri mereka “Wild Boars” terperangkap dalam gua tersebut sejak 23 Jun, susulan hujan lebat menyebabkan air memasuki gua.

Advertisements