KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin sedia membantu anak perempuan Datuk Seri Najib Razak yang dibekukan akaun peribadinya.

Hanipa berkata Najib sepatutnya mengarahkan peguamnya menulis kepada pihak yang berkenaan bagi mengeluarkan sejumlah wang dari akaun yang dibekukan itu untuk tujuan pembayaran bil.

“Jika belum buat, janganlah terus tuduh PH zalim,” katanya dalam satu kenyataan lewat hari ini.

Hanipa berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kesukaran dialami Puteri Norlisa Najib yang mengalami barah tahap empat.

Sebelum ini dilaporkan salah seorang anak Najib, Datuk Mohd Nazifuddin berkata tindakan SPRM membekukan akaun menyukarkan kakaknya membayar bil hospital selepas menjalani rawatan kemoterapi untuk barah darah dialaminya.

Advertisements