Tidak Tahan Disindir, Lelaki Cekik Dan Tikam Rakan Sekerja

AKIBAT berang kerap disindir ada hubungan sulit, seorang lelaki bertindak menikam dan mencekik kerani wanita sehingga mati di sebuah kolej kemahiran di Banting, hari ini.

Dalam kejadian jam 2 petang, mayat mangsa Zaimah Mahmod, 57, ditemui di stor pejabat kolej berkenaan akibat ditikam dengan pisau oleh suspek, 28, yang juga rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada suspek yang mengaku baru membunuh mangsa.

“Ketika menghubungi polis pada jam 2.40 petang, lelaki itu (suspek) turut memberitahu sudah menikam dan mencekik wanita berkenaan sehingga mati.

“Hanya suspek dan mangsa berada di tempat kejadian. Beberapa kesan tikaman turut ditemui di leher dan badan wanita itu, selain pisau yang digunakan suspek untuk membunuh,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang juga pembantu makmal sekolah itu dipercayai berdendam kerana sering kali disindir mangsa.

“Mangsa yang juga ibu tunggal dikatakan kerap menyindir suspek mempunyai hubungan sulit dengan seorang kakitangan di sekolah berkenaan.

“Suspek yang baru tiga bulan bekerja juga menjalani rawatan kemurungan di hospital selain pernah melakukan cubaan membunuh diri,” katanya memaklumkan suspek ditemui hanya duduk dalam keadaan tenang di samping mayat mangsa.

Kata Azizan, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat, manakala suspek ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Published by malaysianewstv

Saluran berita semasa online anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: