KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan meninggal dunia pada jam 1.55 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang diedarkan kepada media dan menerusi muatnaik di akaun Twitter rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat subuh di Masjid Khalid Bin Al Walid, Jalan Padang Tembak, di sini.

Allahyarham Anuwi memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Laut, Markas Markas Tentera Laut pada 18 November 2015.

Sebelum itu, beliau menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1959 di Kuala Terengganu, Terengganu dan mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Februari 1978 dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada bulan Mei 1980.

Advertisements