Empat maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan Toyota Vellfire dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 446, Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur dekat persimpangan Rawang Selatan, jam 12 tengah hari tadi.

Kemalangan turut membabitkan tiga kenderaan lain model BMW, Toyota Alphard dan Honda City. Nahas di Lebuhraya arah Utara itu turut mengakibatkan seorang mangsa cedera parah dan tiga lagi mangsa cedera ringan.

Advertisements