Kedua-dua petinju itu hari ini berjaya memperoleh berat badan yang diperlukan pada acara ‘weigh-in’ yang diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), dan mereka bakal berentap dalam kejohanan ‘Fight of Champions’ di ibu negara, Ahad ini.Pacquiao, 39 tahun, dari Filipina mencatat berat badan 66.2 kilogram manakala juara bertahan, Matthysse dari Argentina mencatat berat badan 66.5 kilogram.

Pacquiao, satu-satunya juara dunia lapan divisyen, muncul kembali selepas gagal mempertahankan tali pinggang apabila tewas dengan Jeff Horn di Australia pada 2 Julai tahun lalu.

Selain pertarungan ‘Pacquiao vs Matthysse’, petinju muda negara Theena Thayalan juga akan beraksi dalam kejohanan tersebut menentang peninju dari India, Siddharth Ravindra Varma.

Theena, 20 tahun, pernah mengejutkan penonton tahun lalu apabila menumbangkan lawannya dari Indonesia, Yudi Hartanto dengan mengambil masa 25 saat.

Sementara itu, seorang lagi petinju negara iaitu Aiman Abu Bakar turut akan beraksi esok, dan bakal berdepan petinju Indonesia, Abdi.

Aiman, 26 tahun, pernah menjadi pemain bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan suatu ketika dahulu sebelum menceburkan diri dalam sukan tinju.

Advertisements