Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata Wanita UMNO bersedia sepenuhnya memberi kerjasama yang utuh dan erat dengan pemimpin yang dilantik demi memartabatkan semula UMNO.

Beliau berkata, UMNO perlu kembali ke landasan perjuangan dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat.

“Justeru, Wanita UMNO sudah bersedia sepenuhnya untuk bekerja bersama-sama dengan semua pemimpin yang dipilih dan dilantik dalam menjayakan kebangkitan UMNO demi rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan lantikan Ahli Majlis Tertinggi Kerja UMNO yang dibuat mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO.

Selain itu, Ahmad Zahid juga mengumumkan pelantikan barisan Pengerusi Perhubungan UMNO dan kepemimpinan negeri.

Advertisements