Beliau berkata, UMNO hanya memerlukan ahli yang sanggup susah dan senang bersama parti.

“Kadang-kadang ada juga orang kita melaungkan kesetiaannya, tapi kesetiaan waktu kita berkuasa. Apabila kita dah tak ada kuasa, bendera UMNO dipijak-pijaknya.

Bekas Presiden UMNO itu yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan anaknya diraikan pada majlis ramah mesra anjuran Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dan Wanita UMNO Cawangan Pulau Ketam.

Najib turut melahirkan kesedihan beliau atas kekalahan UMNO (Barisan Nasional) pada PRU-14 dan antara faktornya ialah ahli parti itu sudah lupa prinsip serta nilai perjuangan mereka.

“Kita lebih mementingkan apa yang kita boleh dapat. Kita lebih pentingkan kelompok kita sendiri, sehingga kalau kita tak dapat apa kehendak kita, kita sanggup membelakangkan parti.

“Malah ada juga berkelakuan seperti mengugut parti kita jika tak jadi calon, yang anehnya ia dilakukan oleh mereka yang ada jawatan dalam parti. Kalau inilah perangainya, maka tak hairanlah bila pembangkang mengasak kita, orang melihat UMNO ini dalam satu keadaan, di mana kita sudah lupa akan nilai tradisi perjuangan,” katanya.

Advertisements