GAZA: Ketika Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan memuji kejayaan Rusia menganjurkan Piala Dunia, rejim Israel menunjukkan keangkuhannya apabila menggugurkan empat bom di bumi Gaza. 

Dua remaja dilaporkan terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera.

Usaha mengganyang bumi Palestin berterusan oleh rejim Israel apabila melancarkankan serangan udara terbaharunya di kota suci itu.

Serangan itu memusnahkan empat bangunan kediaman.

Tentera Israel dengan angkuhnya mendakwa mereka telah melakukan serangan udara terbesar ke atas Gaza sejak kali terakhir melakukannya pada 2014.

Ia sebagai tindak balas terhadap serangan roket oleh Hamas ke atas Israel.

Advertisements