SHAH ALAM : Cadangan Prasarana untuk membina laluan bertingkat melalui Seksyen 9, 10, 11, 12, dan 13 di Shah Alam bagi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) tidak akan memberi sebarang nilai tambah kepada penduduk di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Khas LRT3 Majlis Perwakilan Penduduk Zon 2 (JK LRT3 MPPz2), Datuk Salamon Selamat berkata, kawasan itu mempunyai kepadatan penduduk yang rendah dan sederhana, dan ia juga akan menimbulkan masalah lain seperti kesesakan lalu lintas, serta mengurangkan keberkesanan trafik di kawasan sekeliling.

Selain ia juga akan menimbulkan masalah lain seperti mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri, beliau berkata, laluan itu tidak sesuai kerana ia melalui sebelah Istana Kayangan di Seksyen 12.

“Semua orang tahu tiada laluan LRT bersebelahan dengan Istan Maharaja Hirohito di Jepun, Forbidden City di Beijing, atau Buckhingham Palace di London yang juga mengamalkan system Raja Berpelembagaan,” katanya kepada sidang media di Kelab Shah Alam, di sini hari ini.

“Kalau kerajaan teruskan juga cadangan untuk laluan elevated daripada Seksyen 13 ke Stesyen Bandar Anggerik di depan bangunan PKNS, maka penduduk akan terus membuat rayuan bantahan termasuk kemungkinan mengambil tindakan undang-undang,” katanya kepada sidang media di Kelab Shah Alam, di sini hari ini.

Dalam pada itu, bekas Datuk Bandar dan Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, mereka tiada niat untuk menghalang pembangunan.

Atas sebab itu, pihaknya sudah pun mengkaji dan membentangkan laluan alternatif untuk pembinaan itu, yang mereka rasakan lebih memberi manfaat kepada semua pihak.

“Kami mencadangkan jajaran alternatif iaitu melalui rezab zon penampan Seksyen 15 dan membina stesen LRT3 di Jalan Gergaji 15/14 bagi memenuhi keperluan pengangkutan awam oleh penduduk di bahagian Selatan Lebuhraya Persekutuan.

“Kami mendesak pihak Prasarana dan kerajaan supaya menggunakan laluan melalui zon penampan ini supaya penduduk di kawasan itu dapt memperoleh manfaat LRT3 secara terus,” katanya.

Ujar Salamon lagi, di situ juga terdapat kawasan rezab lebih dari tiga ekar di Jalan Gergaji 15/14 itu yang boleh digunakan sebagai tempat letak kenderaan, seterusnya dapat mengurangkan tekanan trafik di pusat bandar Shah Alam,” jelasnya lagi.

Beliau perkata, pihak penduduk sudah pun menyerahkan memorandum laluan alternatif LRT3 kepada pihak yang terlibat termasuk Prasarana, Kerajaan Negeri dan Persekutuan, termasuk Istana untuk perhatian mereka.

Advertisements