Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Politik

Pengerusi Hindraf Antara Lapan Individu Dilantik Senator

KUALA  LUMPUR – Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P. Waytha Moorthy antara lapan individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran, di Bangunan Parlimen, hari ini.

Jawatan beliau adalah menerusi lantikan Yang di-Pertuan Agong.

Ini merupakan lantikan kedua Waytha Moorthy yang sebelum ini pernah dilantik sebagai senator pada 2013 namun beliau meletakkan jawatan selepas 10 bulan berkhidmat.

Turut mengangkat sumpah ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad; Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Ketereh, Kelantan, Dr Mohd Radzi Md Jidin; Ketua PPBM Pulau Pinang Marzuki Yahya; Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim.

Masing-masing mengangkat sumpah sebagai senator buat pertama kali menerusi lantikan Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, buat pertama kali Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Hussain Awang mengangkat sumpah sebagai senator yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu manakala Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Asmak Husin dipilih oleh DUN Kelantan.

Kesemua mereka dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 dan merupakan barisan pertama yang dilantik setelah Pakatan Harapan membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: