Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

SST Tambah Beban Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan mahu melaksanakan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) hanya akan meningkatkan kos sara hidup rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat berasa bimbang dan curiga dengan pelaksanaan SST kerana dijangka menaikkan harga barangan sekurang-kurangnya 10 peratus.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem percukaian lama itu hanya akan menjadikan situasi yang mana dua perkara tidak menyenangkan berlaku pada masa yang sama kerana pemansuhan GST tidak memberi kesan kepada penurunan kos sara hidup.

“Sudah tentu harga barang akan naik sekurang-kurang 10 peratus bagi barangan dan enam peratus untuk perkhidmatan. Kalau ia naik beri kesan kepada kos kehidupan, maka orang putih sebut ‘double whammy’ lah.

“Langkah menyifarkan kadar GST tidak beri kesan yang diharapkan dan tambah dengan SST, maknanya beban kepada rakyat akan terus bertambah. Tidak kesampaian apa yang dijanjikan kerajaan mahu turunkan kos sara hidup,” katanya kepada media selepas 

Ahli Parlimen Pekan itu mengulas cadangan Kementerian Kewangan mahu melaksanakan semula SST pada kadar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus bagi cukai perkhidmatan pada 1 September depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Rang Undang-Undang SST dijangka dibentangkan di Parlimen Ogos ini bagi menggantikan GST yang mana pengenalan cukai lama itu dijangka menyumbang sebanyak RM4 bilion kepada hasil kerajaan.

Menurut Najib, secara umumnya reaksi daripada orang ramai amat mengecewakan apabila langkah menyifarkan GST tidak menurunkan harga barangan secara keseluruhannya.

“Ada juga yang turun seperti kereta, tetapi umumnya harga-harga yaang menjadi barangan biasa (keperluan) bagi rakyat tidak turun, malah ada yang naik.

“Jadi, impak dan kesan yang dijanjikan manifesto Pakatan Harapan bahawa mereka akan kurangkan kos sara hidup tidak akan tercapai. Saya akan ulas mengenai SST dalam ucapan di Dewan Rakyat dengan menyentuh mengenai fakta,” ujarnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: