KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik berita ahli perniagaan yang dikehendaki Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low didakwa sudah ditahan di China.

Namun, beliau tidak menyedari mengenai berita terbaharu itu.

“Saya harap dia ditangkap,” katanya.

Ditanya sama ada Malaysia dan China mempunyai perjanjian ekstradisi, Dr Mahathir berkata:”Tidak, tetapi mereka boleh sentiasa menghantarnya pulang kepada kita.”

Berita selanjutnya menyusul.

Advertisements