SHAH ALAM: Barisan Nasional mempertaruhkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu Datuk Lokman Noor Adam sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hassan di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja, di sini, hari ini.

Lokman, 45, yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baharu akan berdepan calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Mat Shuhaimi daripada PKR memenangi kerusi DUN Sungai Kandis dengan 23,998 undi, menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Advertisements