KOTA BHARU: Ekoran tindakan guru-guru SMK Ketereh mengadakan demonstrasi menggesa agar tindakan diambil segera ke atas Pengetua mereka, Norriha Abd Rahman, akhirnya mendapat perhatian Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan.

Melalui surat bertarikh 18 Julai yang ditandatangani Pengarah Pendidikan Negeri, Muhammad Zahari Othman, Norriha telah dipindahkan ke Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri sebagai Pegawai Kanan Perkhidmatan Pendidikan berkuat kuasa hari ini.

Menurut Muhammad Zahari, arahan penukaran tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang kepada pengetua itu untuk berehat dan bertenang selepas berdepan insiden tidak diingini.

“Pada waktu yang sama, ia juga dapat memberi ruang kepada Jabatan Pendidikan untuk menjalankan siasatan ke atas segala dakwaan yang dibuat terhadap beliau selama ini,”

Muhammad Zahri menambah, arahan pertukaran itu berkuat kuasa hari ini, namun difahamkan sehingga tengah hari semalam Norriha masih belum melaporkan diri untuk memulakan tugas di jabatan tersebut.

“Buat masa ini Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sabri Awang akan mengambil alih tanggungjawab sebagai pengetua sementara di sekolah berkenaan sehinggalah ianya akan di putuskan oleh pihak JPN nanti.” 

Advertisements