Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata bahawa beliau sendiri sudah mengadakan perjumpaan dengan Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan bagi merealisasikan langkah itu.

Dr Wan Azizah berkata demikian kepada media di Majlis Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Awal hari ini, bayi malang berusia 10 bulan, Naufal Amsyar Nabil Fikri, yang cedera parah di kepala dipercayai akibat terjatuh dari buaian di rumah pengasuhnya, menghembuskan nafas terakhir.

Ayahnya, Nabil Fikri Anwar, 28 tahun, ketika dihubungi memaklumkan, anak tunggalnya itu meninggal dunia sekitar jam 9 pagi tadi selepas empat hari menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Advertisements