Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 31 tahun diragut suspek lelaki berusia 24 tahun yang menunggang sebuah motosikal.

Menurut sumber, mangsa yang juga pekerja farmasi itu sedang berjalan sebelum mangsa diragut dari arah belakang mengakibatkan mangsa terjatuh.

“Suspek turut hilang kawalan lalu terjatuh sebelum ditahan orang awam,” katanya.

Tambah beliau, mangsa cedera di beberapa anggota badan dan dilihat dalam keadaan terlentang dengan keadaan rambutnya masih ‘terlekat’ pada rantai motosikal berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan orang awam lalu dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, suspek turut dibelasah orang awam yang berang dengan kejadian itu sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Miri, Deputi Superintendan Aldrin Junaidi Kutoi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Advertisements