DUNGUN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut dipercayai terjerut tali bidai.

Kejadian berlaku di Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Dungun kira-kira jam 6.50 petang Sabtu.

Muhammad Azhari Zul Azri dikatakan bermain bersendirian di kawasan tingkap rumahnya ketika ibunya Noryasmin Mat Yasin, 36, sedang solat.

Bapa mangsa, Zul Azri Hashim, 39, bergegas pulang membawa anaknya ke klinik kesihatan berhampiran.

Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkan kanak-kanak terbabit sudah meninggal dunia.

Jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

Polis masih menunggu proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

Advertisements