Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Politik

‘MB Selangor Sekadar Budak Pejabat, Banyak Saya Nak Dedahkan Cuma Tidak Mahu Mengaibkan’ – Lokman

KLANG – Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sekadar budak pejabat yang sengaja cuba memperlekehkan kredibiliti beliau.

Lokman berkata, beliau tidak merasa sebarang tekanan atau bimbang sekiranya Amirudin yang merupakan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu membongkar penyelewengan yang dilakukan olehnya sebelum ini.

“Amirudin setakat budak pejabat PKR dan saya rasa beliau tidak sangat mengenali saya.

“Masa Amirudin masuk pejabat PKR, saya masuk penjara (tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri).

“Kalau ada hendak bongkar sudah lama dilakukan namun sehingga kini tiada satu pun saman dikenakan kepada saya sejak pembongkaran dana Pilihan Raya Umum (PRU) diterima Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada tahun 2003,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program walkabout di Sekolah Rendah Agama Bukit Naga di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Amirudin yang didakwa akan membongkar penyelewengan yang telah dilakukan oleh Lokman sepanjang terlibat dalam aktiviti politik.

Lokman mendakwa Wan Azizah pada tahun 2003 telah menerima dana PRU daripada penyangak mata wang, George Soros semasa lawatannya ke Washington, D.C. , Amerika Syarikat.

Jelas beliau, penerimaan dana itu disahkan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam mesyuarat jawatankuasa pilihan raya ketika itu dengan dana digunakan bagi menempah baju-T, topi dan bendera yang ditempah dari negara China.

“Kalau cerita pendedahan ini, banyak benda belum saya dedahkan atas dasar sahabat dan tidak mahu mengaibkan mereka,” katanya. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: