Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Gaya Hidup

Bekalan Daging Sempena Aidiladha Mencukupi

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan lembu dan kambing sempena perayaan Aidiladha mencukupi serta tiada isu berhubung masalah kekurangan bekalan.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah mengambil tindakan sejak tiga bulan lalu bagi memastikan kesemua bekalan daging di dalam negara sempena perayaan Aidiladha berada di tahap mencukupi.

“Ketika ini jumlah bekalan lembu di dalam negara ialah sebanyak 50,125 ekor manakala jumlah biri-biri dan kambing kira-kira 31,079 ekor.

“Berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar, sebanyak 6,292 masjid dan 18,101 surau bakal melakukan ibadah korban dengan melibatkan 44, 673 ekor lembu serta 22,130 kambing,” katanya pada sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Hasan Bahrom (Amanah-Tampin) yang mahu penjelasan mengenai usaha kerajaan bagi memastikan bekalan ternakan hidup mencukupi sempena perayaan Aidiladha.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: