KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jawab isu berkaitan kenyataan Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dibubarkan berikutan CEP bertindak melangkaui bidang kuasa dan untuk menjaga akauntibiliti Kabinet.

Syed Saddiq dalam satu kenyataan berkata, isu perlantikan anggota majlis adalah berlandaskan kepada meritokrasi dan pengalaman mentadbir.

“Setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan oleh CEP tidak boleh diluluskan dengan sendiri.

“Tidak ada isu anggota CEP lebih berkuasa daripada Kabinet dan CEP ini tidak berupaya untuk bertindak sesuka hati dan melangkaui bidang kuasa yang diperuntukkan.

“Bidang kuasa CEP hanya untuk menasihat Perdana Menteri dan anggota Kabinet. Jika nasihat yang diberi itu dirasakan tidak sesuai, maka anggota Kabinet berhak untuk menolak atau meminta penambahbaikan kepada cadangan dan nasihat daripada CEP”, ujar Syed Saddiq.

Walau bagaimanapun, tempoh kuasa yang diberi kepada CEP untuk menasihat Kabinet adalah hanya selama 100 hari.

Menurut Syed Saddiq lagi, banyak nasihat dan cadangan telah dibawa dari CEP kepada kerajaan Malaysia dan tiada isu pertindihan kuasa yang pernah dilakukan CEP sepanjang 100 hari.

Advertisements