SEREMBAN: Seorang pendakwah bebas yang juga presiden sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam ditahan polis kerana disyaki merogol seorang wanita berusia 20 tahun awal Mac lalu.  

Menurut sumber, pendakwah sebuah pertubuhan NGO yang popular itu ditahan di rumahnya di Perlis pada Isnin lalu setelah wanita berusia 20 tahun itu membuat laporan polis.

Katanya, kejadian berlaku di rumah pendakwah tersebut di Seremban semasa isteri dan anaknya tiada di rumah.

“Pada awalnya suspek membawa mangsa keluar makan dan kemudian pulang ke rumah untuk mandi serta menonton televisyen.

“Mangsa kemudiannya dirogol di rumahnya di bahagian ruang tamu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan menerima laporan tersebut.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Suspek kini ditahan reman sehingga 29 Julai.

Advertisements