PUTRAJAYA: Polis Putrajaya menahan seorang lelaki semalam bagi membantu siasatan berkaitan penghantaran mesej berunsur ugutan kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan ketika dihubungi hari ini berkata menteri berkenaan menerima mesej berunsur ugutan itu ketika berada di pejabatnya di sini pada Isnin lepas.

Susulan itu, katanya pihak polis menjalankan siasatan dan menahan seorang penjual alat perubatan semalam dan merampas telefon bimbit miliknya.

Lelaki berumur 40 tahun itu direman selama sehari, bermula hari ini dan kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, katanya.

Advertisements