KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad, Khazanah mengesahkan laporan perletakan jawatan semua ahli lembaga pengarah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar.

Tindakan peletakan jawatan itu bertujuan memastikan peralihan syarikat dana pelaburan kerajaan tersebut lancar dan terurus di bawah kerajaan baharu.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Khazanah melaporkan kesemua ahli lembaga pengarah bangga dapat perkhidmatan dengan syarikat berkenaan.

Mereka juga menyifatkan tindakan ini wajar serta mengakui hak mutlak kerajaan baharu untuk membentuk lembaga dan memilih ahli lembaga pengarah baharu.

kenyataan rasmi Khazanah Nasional Berhad berhubung perletakan jawatan itu

Advertisements