KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib melahirkan kerisauan tentang masa depan sektor korporat negara.

Ini kata beliau ketika ditanya tentang tawaran Lembaga Pengarah Khazanah untuk meletakkan jawatan.

“Saya tidak tahu tentang perkara tersebut. Saya baru sahaja baca mengenainya hari ini.

“Namun, harus diingat Khazanah ditubuhkan bukan demi kebaikan Bumiputera semata-mata. Ia adalah institusi untuk menjana pendapatan buat negara,” kata beliau.

Tambah Najib, beliau risau tentang pengaliran keluar bakat sekiranya langkah-langkah sebegini terus diambil pihak berkuasa.

“Institusi seperti Khazanah ditubuhkan untuk mewujudkan bakat. Saya risau aliran bakat akan ke luar kerana pengurusan yang tidak efektif,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Advertisements