Rais berkata ia bagi memastikan hanya satu sistem pendidikan dipraktikkan di negara ini seterusnya mengelakkan kekeliruan dalam silibus pembelajaran di sekolah.

“Kalau UEC dimasukkan ke dalam sistem pendidikan arus perdana, silibus baharu akan diwujudkan selari dengan usaha menjanjikan masa depan yang lebih cerah bagi pelajar kaum lain.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata ‘suara’ majoriti perlu didengari kerajaan dalam sebarang perancangan menggubal dasar baharu.

“Saya ingin menyatakan ‘suara’ majoriti harus diikuti bukan golongan minoriti.

“Kehendak dan keperluan majoriti ibu bapa serta penduduk di negara ini adalah penentu corak pendidikan masa depan negara,” katanya.

Pada 8 Julai lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching Nie Ching dilaporkan mahu pengiktirafan UEC yang menjadi sebahagian daripada janji Pakatan Harapan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diselesaikan sebelum hujung tahun ini.

Katanya, UEC juga tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

Bagaimanapun, isu itu mendapat pandangan berbeza daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahu pendekatan menyeluruh supaya pelaksanaannya kelak tidak menjejaskan perpaduan kaum dan menggadaikan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Advertisements