Murid Tahun 4 Dijangkiti HFMD

Sungai Buloh: Murid tahun empat sebuah sekolah di Sungai Buloh disahkan menghidap penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terbabit, sebelum itu dikesan mempunyai kesan bintik merah pada tangan dan kaki oleh ibunya, pagi semalam.

Sebelum itu, kanak-kanak berkenaan mengadu sakit di bahagian dalam mulutnya. Dia kemudian disahkan dijangkiti HFMD oleh doktor di sebuah klinik swasta.

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor menerima maklumat kes itu daripada seorang doktor klinik swasta.

“Ya, PKD Kuala Selangor ada menerima pemberitahuan.

“Esok (hari ini) pasukan PKD Kuala Selangor akan turun ke sekolah untuk menjalankan siasatan dan memberikan pendidikan siasatan,” katanya kepada NSTP.

Dr Khalid berkata, mana-mana klinik atau pusat perubatan swasta diwajibkan memaklumkan kepada PKD sekiranya mereka menerima kes HFMD.

Akhbar sebelum ini melaporkan sebanyak 37,986 kes HFMD direkodkan di negara ini sejak Januari hingga 26 Julai lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, Selangor mencatatkan kes paling tinggi iaitu 11,349 kes; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 4,428 kes serta Sarawak (4,412 kes).

Published by malaysianewstv

Saluran berita semasa online anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: