KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan laporan yang mendakwa beliau kerap terbang ke China tahun lalu untuk menemui jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low.

“Tidak,” kata Najib ringkas sebelum meninggalkan Parlimen.

Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan sama ada beliau kerap bertemu Jho Low di China.

Pada Rabu, Wall Street Journal melaporkan, bekas pegawai kerajaan yang enggan dinamakan pernah berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri membongkarkan bahawa pada Mei 2017, Jho Low bertemu Najib di luar forum Belt and Road yang berlangsung di Beijing untuk membincangkan projek-projek infrastruktur yang melibatkan China. 

Advertisements