KOTA KINABALU: Jenazah bekas personaliti TV3 Datuk Mahadzir Lokman yang meninggal dunia pagi Jumaat dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata tiada unsur jenayah disyaki buat masa ini.

Mahadzir dipercayai datang ke sini untuk bercuti dengan rakan beberapa hari lalu, ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan-rakannya kira-kira pukul 9.30 pagi Jumaat.

Difahamkan kali terakhir dia berhubung dengan rakan-rakannya adalah sekitar pukul 5 pagi Jumaat.

Ahli keluarga Mahadzir kini sedang mengatur jenazahnya untuk dibawa balik ke Petaling Jaya dari Kota Kinabalu.

Tahun lepas, beliau dimasukkan ke unit rawatan intensif (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana komplikasi paru-paru dan buah pinggang.

Advertisements