KUALA LUMPUR: Rakyat harus menghantar amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi pilihan raya kecil supaya memenuhi janji dalam tempoh 100 hari seperti termeterai dalam manifesto.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, hanya tinggal dua minggu sebelum tempoh 100 hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kerajaan sudah berjanji secara bertulis untuk memenuhi 10 janji.

“Berapa daripada 10 janji ini sudah ditepati? Harga petrol masih tidak diturunkan, tol masih tetap dibayar rakyat, hutang FELDA tidak dihapuskan, RCI untuk 1MDB juga tidak diadakan dan banyak lagi janji dan tuduhan kelihatan sebagai penipuan dan fitnah sahaja.

“Malah, rakyat dilihat bakal berdepan dengan satu lagi pusingan inflasi apabila SST diperkenalkan,” katanya menerusi catatan laman Facebook rasminya, Najib Razak sebentar tadi.

Advertisements