PUTRAJAYA: Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2018 diletakkan sasaran untuk meraih tujuh emas pada temasya yang akan berlangsung di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Sasaran rasmi itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang yang disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebentar tadi.

“Kita meletakkan sasaran untuk meraih tujuh emas, namun jika bernasib baik boleh cecah 11 emas.

“Antara sukan yang menjadi sasaran adalah berbasikal, karate, sepak takraw, silat, tenpin boling serta beberapa sukan lain,” katanya.

Pada temasya Sukan Asia 2014 fi Incheon, Malaysia meraih lima emas.

Tambahnya, pencapaian emas dilihat menjadi keutamaan kerana ia bakal menentukan kedudukan kontinjen negara secara keseluruhan.

Bagi temasya kali ini, kontinjen Malaysia menghantar 426 atlet untuk menyertai 35 jenis sukan di Sukan Asia yang berlangsung di Jakarta dan Palembang.

Advertisements