KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mungkin berhadapan dengan tindakan gara-gara perbuatannya menggunakan kata-kata kesat di Parlimen pada 7 Ogos lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dijangka mengetuai gerakan untuk merujuk perbuatan Bung kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen pada Khamis.

Usul untuk perkara itu akan diteruskan walaupun dia sudah memohon maaf.

Bung yang merupakan ahli parlimen Barisan Nasional mengeluarkan perkataan tersebut ke atas Willie Mingin (PH-Puncak Borneo) selepas mereka mempersoalkan kehadirannya ke kasino.

Insiden itu berlaku sewaktu Rang undang-Undang Cukai Jualan 2018 sedang dibahaskan.

Jika bersalah, Bung boleh digantung selama enam bulan.

Advertisements