BEIJING: Kerajaan memutuskan untuk membatalkan pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) buat masa ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah menyampaikan keputusan itu kepada pemimpin China dan mereka memahami masalah yang dihadapi Malaysia.

“Saya percaya, China sendiri tidak mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara bankrap,” katanya pada sidang media pada akhir lawatan lima harinya ke China.

Advertisements