KUALA LUMPUR : “Cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah mati. Tolong jangan menangis!”

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin dipetik berkata demikian dalam satu catatan di Facebook hari ini.

Beliau yang juga pemimpin Parti Amanah Negara turut dipetik berkata, kematian GST telah diumumkan di Dewan Rakyat.

“Semalam adalah “Hari Pengkebumian”. Benar, ia telah “dikebumikan” di Dewan Negara.

“”Sijil Kematian” akan dikeluarkan selepas ia digazetkan,” katanya menerusi akaun Facebook beliau.

 

Dewan Negara semalam meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2018 yang membolehkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 September ini meskipun diha­di­ri majoriti Senator daripada Barisan Nasional (BN).

Senator BN, Khairul Azwan Harun bagaimanapun menjelaskan, rata-rata senator mengizinkan ia diluluskan di Dewan Negara kerana tidak mahu melewatkan perkara itu demi kepentingan rakyat.

Ia memandangkan cukai GST yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu telah ditetapkan pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH)

“Kita tak mahu mengganggu kerajaan mengutip pendapatan yang sangat penting untuk urus tadbir negara,” katanya. 

Advertisements