BEIJING: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dia akan menggari Jho Low jika ahli perniagaan itu ada dekat dengannya di China.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, di mana lelaki itu berada tidak menjadi topik yang dibincangkan semasa lawatan lima harinya ke negara itu, walaupun khabar angin menyatakan Jho Low yang mempunyai kaitan dengan siasatan kes 1MDB berada di China.

Dr Mahathir berkata, beliau percaya ia mungkin juga betul tetapi menambah setakat ini tiada bukti mengenainya.

Ditanya jika Jho Low duduk di sebelah beliau apa yang akan dilakukannya, Dr Mahathir berkata: “Saya akan gari dia.”

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media bersama media Malaysia sebelum menamatkan lawatannya ke China pada Selasa.

Advertisements