KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas dipukul orang awam kerana mengintai wanita dalam kejadian di Kampung Orang Asli Baru, Sungai Lalang Semenyih dekat sini pada 11 Ogos lalu.

Lelaki terbabit disahkan meninggal dunia kira-kira 9.45 pagi semalam di Hospital Kajang selepas menerima rawatan sejak 12 hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkara, berikutan itu seorang pemuda berketurunan Orang Asli ditahan bagi membantu siasatan.

“Pemuda berusia lingkungan 20-an itu akan direman sehingga Rabu depan bagi siasatan lanjut dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini.

Advertisements