KUCHING: Sarawak hari ini mengisytiharkan tiga kawasan baharu wabak anjing gila atau rabies iaitu Sungai Tenggang dan Pantu di Sri Aman serta simpang kawasan Layar di Betong.

Dalam satu kenyataan di sini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak berkata ketiga-tiga kawasan itu adalah kawasan ke-36 wabak kerana berada di luar 10 kilometer radius dari kawasan yang telah diisytiharkan sebelum ini.

Keputusan mengisytiharkan tiga kawasan itu sebagai kawasan baharu rabies dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri selaku Pengerusi JBPN Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Advertisements