JOHOR BAHRU: Juara Liga Super Malaysia sebanyak lima kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal kehilangan dua penaja pada musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim berkata, penaja berkenaan membuat keputusan menarik diri disebabkan kehadiran penyokong JDT yang semakin merosot di stadium.

“Oleh kerana kehadiran penyokong yang semakin merosot, dua syarikat telah menarik diri daripada meneruskan menaja kelab pada pada musim hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, perkembangan terbaru itu bermakna bajet peruntukan kelab JDT pada tahun hadapan bakal berkurangan antara 20 hingga 30 peratus berbanding tahun ini

“Kami mempunyai bajet yang kecil dan kurang berkemampuan untuk apa-apa pelaburan di dalam dan luar padang pada tahun hadapan,” katanya.

Advertisements