GEORGETOWN: Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, 58, meninggal dunia awal pagi tadi akibat kanser darah.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, pada jam 2.07 pagi.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Masjid Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas solat Asar.

Kematian Zainal disahkan oleh adiknya, Datuk Omar Osman, yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM).

Berita mengenai kematian beliau mula memenuhi laman sosial dengan orang ramai menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Zainal yang lebih dikenali sebagai Tok Non adalah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga bekas penasihat khas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Arwah meletak semua jawatannya di dalam parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Zainal meninggalkan seorang balu, Datin Seri Shafiqa Melvin, anak dan cucu.

Advertisements