PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa akan bersara pada Rabu.

Difahamkan hari ini (Selasa) merupakan hari terakhirnya di pejabat.

Seorang pegawai kepada Dr Ali mengesahkan hari ini adalah tempoh terakhirnya berkhidmat sebagai KSN.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Dr Ismail Bakar disebut-sebut bakal menggantikan Dr Ali berkuatkuasa pada Rabu.

Dr Ali memegang jawatan itu sejak Jun 2012.

 

Advertisements