SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar  meninggal dunia sebentar tadi dipercayai akibat masalah jantung.

Menurut sumber terdekat, Abu Hassan tidak sedarkan diri di rumahnya petang tadi sebelum dibawa ke Columbia Asia Hospital, Bukit Rimau, di sini, oleh ahli keluarganya.

Jenazah Allahyarham kini masih berada di hospital dan urusan berkaitan pengkebumian dijangka dibuat esok.

Abu Hassan merupakan Menteri Besar Selangor ke-12 dan memimpin negeri pada tahun 1997 sehingga 2000.

Advertisements