PUTRAJAYA: Peguam kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini terhadap empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Menurut sumber, beliau ditahan di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini.

“Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. (AMLATFPUAA),” kata sumber berkenaan.

Advertisements