KUALA LUMPUR: Peguam kepada Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa tidak menerima sebarang notis berhubung pertuduhan jenayah yang bakal dihadapi isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent mengesahkan perkara itu selepas dihubungi NSTP sebentar tadi.

Dilaporkan Rosmah, 66, dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram dalam tempoh terdekat, selepas siasatan terhadapnya yang bermula dua tahun lalu, dibuka semula.

Pasukan penyiasat didakwa sudah melengkapkan kelompangan dalam siasatan mereka terhadap Rosmah.

Difahamkan, pasukan penyiasat membuka semula fail membabitkan Rosmah sejak tiga bulan lalu sejurus tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN).

Advertisements