KUALA LUMPUR : Bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak terlibat memberi ruang dan kepercayaan kepada penggantinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam menerajui parti itu. 

Jelasnya, langkah itu bagi memastikan Presiden UMNO itu dapat menyusun semula hala tuju UMNO. 

“Datuk Seri Zahid Hamidi perlu diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur langkah bagi memperkasakan semula parti dan halatujunya,” katanya dalam entri terbaharunya di laman sosial Facebook. 

Dalam pada itu, bekas perdana menteri itu berpendapat tidak salah untuk UMNO dan Pas berpakat kerana kedua-dua parti adalah pembangkang.

“DAP dan PKR juga pernah berpakat dengan PAS ketika mereka pembangkang. Tetapi pada pendapat saya, perjuangan untuk Melayu dan Islam tidak akan lengkap tanpa berjuang untuk semua rakyat Malaysia, tidak mengambil kira kaum dan agama,” tambah beliau.

Advertisements