Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Kementerian Akui Harga Telur Naik, Panggil Pembekal Berbincang

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Da­lam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan berbincang dengan pembekal telur untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi kenaikan harga te­lur dalam pasaran selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan 1 September lalu.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail  berkata, ini ber­dasarkan respon dan pemerhatian yang dibuat olehnya da­lam tempoh tersebut me­nunjukkan telur mengalami kenaikan harga yang lebih tinggi berban­ding 30 produk utama lain yang dikecualikan cukai tersebut.

Bagaimanapun bagi produk utama yang lain, antaranya, minyak dan tepung menyaksikan harga yang masih stabil dan tiada banyak perbezaan, ujar beliau.

“Jadi, kita berharap dapat memanggil pembekal-pembekal ini dan berbincang de­ngan mereka supaya jalan penyelesaian dapat dicari untuk mengelakkan kenaikan harga yang lebih tinggi.

“Dalam masa sama, kami juga mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai untuk membantu kami (kementerian) sekiranya terdapat peniaga menaikkan harga barang secara melampau supaya langkah penguatkuasaan menjadi lebih efisien,” kata­nya selepas perasmian pusat pengagihan segar GCH Retail (M) Sdn. Bhd. (GCH) di sini hari ini.

Yang turut ha­dir, Pengerusi GCH, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar; Pengarah Urusannya, Pierre-Olivier Deplanck dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Jamil Salleh.

Baru-baru ini, dalam satu temu bual, Saifuddin menga­kui harga telur gred B dan C meningkat selepas SST dilaksanakan.

Telur gred tersebut merupakan antara 25 barangan ha­rian yang paling banyak dibeli oleh pengguna di pasar raya di seluruh negara.

Mengenai status Kedai Rak­yat 1Malaysia, beliau ber­kata, kementerian akan melancarkan semula inisiatif tersebut yang ketika ini mempunyai 51 kedai yang dikendalikan menerusi dua rakan niaga.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: