SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak berhubung kes yang menarik perhatian masyarakat tempatan dan antarabangsa iaitu kes 1MDB berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

Penahanan itu dibuat pada petang ini jam 4.13 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Mohd. Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. Mohd. Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 September 2018, jam 3.00 petang untuk pertuduhan di mahkamah.

SPRM juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Mohd. Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Advertisements