Syarikat Utusan Melayu (M) Bhd dilaporkan bakal menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada lebih separuh daripada kakitangannya.

Langkah itu lapor The Edge dibuat sebagai usaha syarikat penerbitan akhbar milik Umno itu berkenaan mengurangkan kos yang ditanggung.

Memetik sumber-sumber yang tidak didedahkan The Edge mendakwa seramai 800 orang akan ditawarkan VSS berkenaan dan untuk rekod jumlah kakitangan syarikat tersebut ialah kira-kira 1,500 orang.

Kata laporan berkenaan kakitangan Utusan Melayu yang menerima surat tawaran VSS diberi pilihan untuk menerima atau menolaknya.

Pelaksanaan VSS itu dikatakan meliputi kakitangan Utusan Malaysia, Kosmo! dan sejumlah majalah yang diterbitkan oleh syarikat tersebut seperti Mastika, Saji dan Wanita.

Keputusan untuk menawarkan VSS itu dicapai selepas Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan kakitangan syarikat itu diadakan hari ini.

Abdul Aziz ialah pemimpin Umno yang menjadi anggota parlimen Kulim Bandar Baharu sehinggalah beliau kalah kepada Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada pilihan raya umum lalu.

Advertisements