Ketua Setiausaha Negara Dr Ismail Bakar dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan kelayakan serta pengalaman yang ada, saya yakin beliau akan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi SPR mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna,” katanya.

Advertisements