KUALA LUMPUR: Pengumuman peletakan jawatan Datuk Seri Nazir Razak sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB Group dan semua jawatan lain dalam kumpulan itu hujung tahun ini tidak akan memberikan impak negatif kepada kumpulan itu, kata MIDF Research dalam satu nota pagi ini.

Ia berkata, ia disandarkan kepada beberapa faktor termasuk kekukuhan asas kumpulan itu.

“Kami neutral terhadap berita itu dan tidak percaya ia akan memberi impak negatif kepada kumpulan itu.

“Ini kerana kumpulan itu adalah satu institusi dan tidak bergantung kepada individu,” katanya.

MIDF Research berkata, kumpulan itu sebelum ini melalui peralihan kedudukan ketua pegawai eksekutif pada 2014 tanpa sebarang kesan negatif kepada operasi syarikat.

Ia berkata, CIMB kekal beroperasi dengan kukuh.

Firma penyelidikan saham itu mengulangi cadangan ‘beli’ ke atas kaunter itu dengan mengekalkan harga sasaran pada RM7.85.

Advertisements